Amalan Diet Sihat Ketika Berpuasa

Barangkali mentaliti sesetengah masyarakat yang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak ketika bersahur sudah sebati dengan kehidupan mereka menjelangnya Ramadan. Mungkin bimbang akan merasa letih dan lapar mengheret mereka untuk berbuat demikian. Sedangkan amalan berikut boleh mengundang kemudaratan kepada kesihatan.

Di sebalik tuntutan menahan nafsu lapar dan dahaga, ibadah berpuasa membantu meningkatkan keupayaan sistem dalaman dengan berkesan. Usah bebani tubuh anda dengan jumlah makanan yang banyak tetapi tidak diperlukan oleh badan. Sewajarnya, aturlah pelan diet secara bijak dengan memilih makanan yang sesuai.

Kekalkan corak pemakanan yang ringkas dan seimbang dalam diet Ramadan anda. Sebagai contoh, ambil makanan yang lambat dihadam atau makanan berserat tinggi yang berupaya menyokong keperluan badan selama 8 hingga 12 jam. Antara makanan yang lambat dihadam seperti barli, gandum, kekacang dan oat yang turut dikenali sebagai karbohidrat kompleks.

Banyakkan makanan yang tinggi kandungan seratnya dengan mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, bijirin, kekacang dan buah-buahan seperti kurma, apricot kering dan prun. Pastikan sajian berbuka anda mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, roti dan produk tenusu.

Bagi anda yang ingin kurang kan berat badan di bulan puasa ini boleh la mengamalkan tips tips di bawah.

TIPS KURANGKAN BERAT BADAN KETIKA BERPUASA

1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:
2 Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
3, Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
4. Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
6. Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Sekiranya anda berminat untk memiliki Supplement paling laris dan paling MURAH sekali pada masa kini. Sekali lagi saya tekankan disini PALING MURAH.

Anda boleh terus hubungi saya melalui maklumat di bawah:-

Fb Page : Supplement Semulajadi Anda
 
ID Shaklee: 1097368
 
Amirah: 013 4098026
 
email: miera.ideation@gmail.com
Kulit cantik, Badan sihat,Otak cergas, Poket Tebal

Leave a comment